Sunday, September 30, 2012

lasagna - my signature dish


ha...ha... signaturelah sangat
orang lainpun buat jugak
tapikan...
mereka-mereka yang dah merasa 
selalunya memuji dan ada yang buat special request lagi
kalau tidakpun minta resepi
so kepada semua yang ingin mencuba bolehlah ikut cara-cara
saya menyediakan hidangan ini
sebenarnya inipun copy paste dari blog saya yang dulu
saja copy malas nak tulis semula...
so enjoy...

first
rebus beberapa keping lasagna,
macam rebus spaghetti, panaskan air,
put 2-3 titik minyak masak @ sedikit butter untuk elak melekat,
peringatan : jangan rebus sekali banyak-banyak  nanti melekat dan pecah-pecah.

2nd
buat inti, cam kuah spaghetti jer... tapi jangan cair...
prefer chicken compared to beef,
selalunya guna brand cik ramly, 1 paket, 
2 biji bawang besar,  5 biji bawang putih, chop-chop-chop,
panaskan minyak and tumis bawang tu, then masukkan ayam
biar sampai agak kering barulah masukkan spaghetti sos, botol besar,
mushroom (slice), tomato (potong dadu)
and garam secukup rasa...

3rd
sediakan white sauce
100gm butter, 750 ml fresh milk, 1 cawan tepung gandum
and a bit of pepper or black pepper pun boleh,
panaskan butter
api perlahan
taburkan tepung sedikit demi sedikit
kacau slow-slow
masukkan susu
sedikit demi sedikit
plus pepper
tutup api keep kacau jangan sampai berketul

 mozarella cheese, make sure dikeluarkan lebih awal dari freezer
 kalau tak keras berketul-ketul susah nak tabur

semua bahan dah ready bolehlah setat menyusun...
mula-mula susun kepingan lasagna meliputi seluruh caserole,
then letak inti, ratakan

next white sauce pulak...

then, tabur mozarella cheese di atas white sauce

buat selapis lagi, repeat langkah tadi..
and ready untuk dibakar

bakar about 30 - 45 minutes, api atas bawah

tarra.....dah masak pun....

jemput makan.....









pasta vs rendang tok

hari sabtu and ahad adalah masa untuk bereksperimen
so....
hari sabtu lepas eksperimen saya adalah
east meet west
west meet east
pasta vs rendang tok
makes my daughter said....
eee.... ibu, bole ke...
bole tak bole..
jom ler kita bereksperimen....
mula-mula kena sediakan rendang tok dulu
saya ni bukanlah pandai sangat buat rendang
so saya guna yang ini saja


sangat senang dan mudah 
ikut aje cara-cara penyediaannya yang tertera
di kertas tu...
nak lebih kick boleh tambah
bawang kisar, serai, daun kunyit dan daun limau purut 
sementra tunggu rendang kering bolehlah rebus pasta
saya guna yang spiral
dan masak kedua-duanya bolehlah dihidangkan
sebegini...


walla.....
cer lah cuba...

Friday, September 28, 2012

hujan rahmat di pagi jumaat

Salam Jumaat semua
Hari jumaat yang mulia
penghulu segala hari...

pagi tadi sedang besiap-siap ke tempat kerja
tetiba hujan turun dengan lebatnya...
alhamdulillah
hujan rahmat
di pagi hari jumaat yang berkat...

moga Dia mempermudahkan segala urusan saya
dan juga anda semua hari ini...


hujan seringkali mengingatkan saya kepada zama kanak-kanak dulu
bermain dalam hujan atau lebih senang cakap
mandi hujan memang menjadi kesukaan
mak memang melarang
tapi biasalah budak-budak
pandai saja mencari alasan
kena pulak waktu hujan tu mak ayah tiada di rumah
ha...ha... memang tiada alasan...
port feberet kami adalah di bawah cucur bumbung belakang rumah
air hujan yang turun bagai air terjun 
memang selalu menggamit 
untuk berpesta hujan
dek kerana tak mengikut kata
dapatlah pulak demam dan selsema
mak jugalah tempat mengadu
bila teringat-ingat baru terasa
oo... saya ni dulu nakal juga ya...


Thursday, September 27, 2012

welcome...

As salam,

welcome to my blog
my new blog...
berkobar-kobar nak buat blog baru ni
sebab blog yang dulu tu
asyik ada problem jer
hope with this new blog
will enhance me to writes more
and may what i'm gonna writes and share will
give something good and  useful to everyone
enjoy reading
and
happy viewing