Salam Jumaat semua
Hari jumaat yang mulia
penghulu segala hari...
pagi tadi sedang besiap-siap ke tempat kerja
tetiba hujan turun dengan lebatnya...
alhamdulillah
hujan rahmat
di pagi hari jumaat yang berkat...
moga Dia mempermudahkan segala urusan saya
dan juga anda semua hari ini...
hujan seringkali mengingatkan saya kepada zama kanak-kanak dulu
bermain dalam hujan atau lebih senang cakap
mandi hujan memang menjadi kesukaan
mak memang melarang
tapi biasalah budak-budak
pandai saja mencari alasan
kena pulak waktu hujan tu mak ayah tiada di rumah
ha...ha... memang tiada alasan...
port feberet kami adalah di bawah cucur bumbung belakang rumah
air hujan yang turun bagai air terjun
memang selalu menggamit
untuk berpesta hujan
dek kerana tak mengikut kata
dapatlah pulak demam dan selsema
mak jugalah tempat mengadu
bila teringat-ingat baru terasa
oo... saya ni dulu nakal juga ya...

No comments:
Post a Comment