Monday, October 22, 2012

musang king lagi...

tengah kemaruk musang king nih...  ha..ha..ha... macam orang ngidam dah ni... masa encik musang king menjengah rumah hari tu, berhari-hari gak nak mengabiskannya, yelah takut gak nak makan sekali banyak-banyak, umur dah masuk 4 series ni kenalah jaga makan sikit... 

and this is the way kami mempelbagaikan encik musang king kami... first musang king with roti canai for breakfast... 

creamy durian with crispy roti canai
 and this is the desert for lunch, ice cream with durian topping, walla...

yummy... yummy... yummy...
actually kalau simpan durian dalam peti sejuk dan dimakan sejuk-sejukpun best...

musang king

beberapa minggu ini cuaca agak mendung. boleh dikatakan saban hari hujan. keadaan agak sejuk, dingin. tidur malampun tak yah pasang air-cond, jimat sikit bill letrik. sejuk-sejuk ni teringat lak, kalau dapat durian sodapnyer.... tapi tak musim lah pulak. memang ada jugak nampak gerai jual durian, tapi tak le banyak macam masa musim durian. bercakap pasal durian, teringat lak dengan encik musang king. lagilah terlior tekak ni... well, this is encik musang king yang saya maksudkan...

yellowish, thicker, cremier flesh...
kalau dah jumpa encik king ni... hmmmmm tak tengok yang lain dah...  they said that the best musang king is from bentong pahang. well this is the one we get from there. harganya agak mahal sikit tapi alah membeli menang memakan... berbaloi-baloi... musang king ni best makan masa baru gugur, jika dah overnight, rasa dia kurang sikit tapi still ummph...compare to durian biasa.

sebelum dimakan
yummy... selepas dimakan, compare ngan gambar di atas
hmmm bila agaknya musang king nak jengah rumah lagi ni... nak kena telpon supplier kami kat bentong nun... gamaknya. boleh booking siap-siap.... apapun as they said, taste is subjective, whether it's really that good, you are your own judge...



Thursday, October 11, 2012

Tazkirah Jumaat

As salam semua, tazkirah ini saya petik dari satu email seorang sahabat, moga kita sama-sama dapat manfaat dari tazkirah ini, insyaallah...

Hari Jumat adalah hari yang mulia dan umat islam seluruh pelusuk dunia memuliakannya. Keutamaan yang besar tersebut menuntut umat islam untuk mempelajari petunjuk Rasulullah SAW dan sahabatnya, bagaimana seharusnya menyambut hari tersebut agar amal kita tidak sia-sia dan mendapat pahala dari Allah SWT. 
Berikut ini adalah beberapa adab yang harus diperhatikan dan diamalkan bagi setiap muslim yang ingin menghidupkan syariat Nabi SAW pada hari Jumaat.

1. Memperbanyakkan selawat ke atas Nabi SAW

Rasulullah SAW bersabda yang mafhumnya, “Sesungguhnya hari yang paling utama bagi kalian adalah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah selawat kepadaku di dalamnya, kerana selawat kalian akan ditunjukkan kepadaku, para sahabat berkata: ‘Bagaimana ditunjukkan kepadamu sedangkan engkau telah menjadi tanah?’ Nabi bersabda: ‘Sesungguhnya Allah mengharamkan bumi untuk memakan jasad para Nabi.” (Shohih. HR. Abu Dawud, Ibnu Majah, An-Nasa’i)

2. Mandi Jumaat

Mandi pada hari Jumaat wajib hukumnya bagi setiap muslim yang baligh berdasarkan hadis Abu Sa’id Al Khudri, di mana Rasulullah bersabda yang mafhumnya, “Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang yang baligh.” (HR. Bukhori dan Muslim). Mandi Jumat ini diwajibkan bagi setiap muslim laki-laki yang telah baligh, tetapi tidak wajib bagi anak-anak, wanita, orang sakit dan musafir. Sedangkan waktunya adalah sebelum berangkat solat Jumat. Adapun tata cara mandi Jumaat ini adalah seperti halnya mandi janabah biasa. Rasulullah bersabda yang mafhumnya, “Barang siapa mandi Jumaat seperti mandi janabah.” (HR. Bukhari dan Muslim)

3. Menggunakan Minyak Wangi

Rasulullah SAW bersabda yang mafhumnya, “Barang siapa mandi pada hari Jumaat dan bersuci semampunya, lalu memakai minyak rambut atau minyak wangi kemudian berangkat ke masjid dan tidak memisahkan antara dua orang, lalu solat sesuai yang ditentukan baginya dan ketika imam memulai khutbah, ia diam dan mendengarkannya maka akan diampuni dosanya mulai Jumat ini sampai Jumat berikutnya.” (HR. Bukhari dan Muslim)

4. Bersegera Untuk Berangkat ke Masjid

Anas bin Malik berkata, “Kami berpagi-pagi menuju solat Jumaat dan tidur siang setelah solat Jumaat.” (HR. Bukhari). Al Hafidz Ibnu Hajar berkata, “Makna hadis ini iaitu para sahabat memulai solat Jumaat pada awal waktu sebelum mereka tidur siang, berbeza dengan kebiasaan mereka pada solat zuhur ketika panas, sesungguhnya para sahabat tidur terlebih dahulu, kemudian solat ketika matahari telah rendah panasnya.” (Lihat Fathul Bari II/388)

5. Solat Sunat Ketika Menunggu Imam atau Khatib

Abu Huroiroh Radhiallahu ‘anhu menuturkan bahwa Nabi Muhammad SAW bersabda, “Barang siapa mandi kemudian datang untuk solat Jumaat, lalu ia solat semampunya dan dia diam mendengarkan khutbah hingga selesai, kemudian solat bersama imam maka akan diampuni dosanya mulai jumaat ini sampai jumaat berikutnya ditambah tiga hari.” (HR. Muslim)

6. Tidak Duduk dengan Memeluk Lutut Ketika Khatib Berkhutbah

“Sahl bin Mu’ad bin Anas mengatakan bahwa Rasulullah melarang Al Habwah (duduk sambil memegang lutut) pada saat shlat Jumaat ketika imam sedang berkhutbah.” (Hasan. HR. Abu Dawud, Tirmidzi)

7. Solat Sunat Setelah Solat Jumaat

Rasulullah bersabda yang mafhumnya, “Apabila kalian telah selesai mengerjakan sholat Jumat, maka    sholatlah empat rakaat.” Amr menambahkan dalam riwayatnya dari jalan Ibnu Idris, bahwa Suhail berkata, “Apabila engkau tergesa-gesa karena sesuatu, maka solatlah dua rakaat di masjid dan dua rakaat apabila engkau pulang.” (HR. Muslim, Tirmidzi)

8. Membaca Surat Al Kahfi

Nabi bersabda yang artinya, “Barang siapa yang membaca surat Al Kahfi pada hari Jumaat maka Allah akan meneranginya di antara dua Jumaat.” (HR. Imam Hakim dalam Mustadrok, dan beliau mensahihkannya)

Demikianlah sekelumit etika yang seharusnya diperhatikan bagi setiap muslim yang hendak menghidupkan ajaran Nabi Muhammad SAW di hari Jumaat. Semoga kita menjadi hamba-Nya yang sentiasa di atas sunnah Nabi-Nya dan selalu istiqomah di atas jalan-Nya.

Insyaallah...


Wednesday, October 3, 2012

nasi, planta, telur dan kicap

mak memang rajin dan suka memasak
sementelah lagi dia tak bekerja
dan memang tugas mak memasak untuk kami sekeluarga
setiap hari
bukan macam anaknya iniselalu hidang menu
tunjuk-tunjuk dan order-order saja
hu...hu...hu... 

tetapi kekadang tu dek kerana tugas-tugas lain
yang lebih menuntut waktu, 
mak hanya sempat menghidangkan kami nasi dan telur goreng sahaja
untuk menambahkan perisa
kami biasanya akan menikmatinya bersama
planta dan kicap

makan nasi panas-panas berlaukkan telor goreng
bersama dengan planta dan kicap
pergh.... lazatnya tak terkata
telur pulak tu digoreng ala-ala telur goyang
(telur kuning yang separuh masak)
tak caya cuba try
maunya tak perasan bertambah-tambah nasi di pinggan...

semalam saya menelefon mak
setelah selesai bercakap dan mematikan talian
tetiba ajer ada rasa rindu yang tersangat-sangat
mak di johor dan saya di kuala lumpur...
sob...sob...sob...
dan  saya teringatkan hidangan ini 
nasi panas, telur, planta dan kicap
dinner kami untuk malam tadi
nasib baik budak-budak tak komen apa
bertambah-tambah nasi mereka ada lah...
alhamdulillah

jemput makan....


Monday, October 1, 2012

kisah dulu dulu

anak-anak memang amat suka bila saya 
atau mr hubby bercerita kisah dulu-dulu
nostalgia kami
waktu kecil, zaman persekolahan,
tak lupa juga kisah di asrama dan kolej
dari makanan kegemaran
permainan kesukaan
kisah teman-teman sebaya
hinggalah ke soalan teka-teki yang sering dijadikan
bahan lawak jenaka

my two youngest daughter
ifa and kelly
menjadikan ia satu kemestian untuk saya
bercerita kisah dulu-dulu ini sebelum tidur
hmm.... kalau banyak masa terluang
memang saya akan cuba tidak menghampakan mereka
tapi kalau dah lewat sangat atau esok ada exam
minta maaflah
sebab saya ni kalau dah bercerita kisah dulu-dulu
memang tak cukup semalam
lepas satu topik ke satu topik pulak
kena pulak macam-macam soalan yang ditanya mereka nanti
last last pukul 12 malam tak tidur lagi...

melayan nostalgia kisah dulu-dulu 
memang menyeronokkan
kena pulak kalau bercerita dengan teman-teman lama
lagilah... sehari suntukpun jadik...
kisah suka membuatkan kita tersenyum sendiri
dan ada juga yang membuatkan kita ketawa terbahak-bahak
tak kurang juga kisah sedih duka hingga mengalirkan air mata
apapun yang kita lalui 
itu semua adalah pengalaman dan pengajaran
dalam menndewasakan kita...
setiap dari itu kita ambillah untuk bekal  
meneruskan kehidupan
yang baik dijadikan teladan...
yang buruk dijadikan sempadan...
my precious nostalgia
me and family, was taken in late 70's...