beberapa minggu ini cuaca agak mendung. boleh dikatakan saban hari hujan. keadaan agak sejuk, dingin. tidur malampun tak yah pasang air-cond, jimat sikit bill letrik. sejuk-sejuk ni teringat lak, kalau dapat durian sodapnyer.... tapi tak musim lah pulak. memang ada jugak nampak gerai jual durian, tapi tak le banyak macam masa musim durian. bercakap pasal durian, teringat lak dengan encik musang king. lagilah terlior tekak ni... well, this is encik musang king yang saya maksudkan...
 |
| yellowish, thicker, cremier flesh... |
kalau dah jumpa encik king ni... hmmmmm tak tengok yang lain dah... they said that the best musang king is from bentong pahang. well this is the one we get from there. harganya agak mahal sikit tapi alah membeli menang memakan... berbaloi-baloi... musang king ni best makan masa baru gugur, jika dah overnight, rasa dia kurang sikit tapi still ummph...compare to durian biasa.
 |
| sebelum dimakan |
 |
| yummy... selepas dimakan, compare ngan gambar di atas |
hmmm bila agaknya musang king nak jengah rumah lagi ni... nak kena telpon supplier kami kat bentong nun... gamaknya. boleh booking siap-siap.... apapun as they said, taste is subjective, whether it's really that good, you are your own judge...
No comments:
Post a Comment